[VIDEO] Saifuddin bidas MP Sik kes jenayah seksual bawah umur

0
46

DATUK Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman bahawa, kelemahan dan kegagalan undang-undang sivil merupakan faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes rogol di bawah umur.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, dakwaan kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak meningkat berikutan kegagalan undang-undang sedia ada kerana enakmen syariah tidak dilaksanakan adalah tidak benar.

Menurutnya, meskipun Kanun Jenayah Syariah dilaksanakan di Kelantan, namun negeri itu sebaliknya menyaksikan kes jenayah rogol bawah umur antara tertinggi di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Putrajaya pada Jumaat.

Author