TENTERA Mesir menggugurkan bekalan bantuan baharu ke Genting Gaza pada Sabtu, bagi membantu rakyat Palestin yang memerlukan makanan dan bantuan lain akibat serangan Israel sejak Oktober lalu yang telah membunuh lebih 30,000 orang dan mewujudkan keadaan kebuluran.
“Pegawai Pemerintah Angkatan Tentera mengeluarkan arahan untuk menyediakan pelan pengangkutan tentera yang sarat dengan bekalan makanan dan keperluan kemanusiaan yang mendesak untuk meringankan penderitaan yang dialami oleh penduduk Genting Gaza,” kata jurucakap Kol. Gharib Abdel Hafez dalam satu kenyataan.
“Penguguran bantuan dari udara telah dijalankan di pelbagai kawasan di utara Genting Gaza,” tambahnya, lapor Anadolu.
Banyak negara telah menghantar bantuan termasuk ubat-ubatan, bahan api dan makanan ke Gaza.
Sebelum konflik yang bermula selepas serangan Hamas 7 Oktober, Gaza bergantung pada 500 trak bekalan setiap hari, menurut agensi pelarian Palestin PBB.
Jumlah itu telah menurun sejak beberapa minggu lalu, dengan penghantaran bantuan makanan ke utara dikatakan hampir dihentikan sepenuhnya.