HomeGaya HidupJom MakanMesti cuba! Resipi puding karamel mulus tanpa lubang anti gagal

Mesti cuba! Resipi puding karamel mulus tanpa lubang anti gagal

PEMBUATAN puding karamel sememangnya mudah, namun kebanyakan kita sering kecewa dengan kejadian tekstur puding karamel yang berlubang-lubang di permukaan. 

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Marina Ismail atau lebih mesra dipanggil Kak M berkata,  setelah mencuba pelbagai resipi, akhirnya dia berjaya menemukan satu resipi puding karamel anti gagal.

Kak M berpendapat  bahawa masak secara kukus menjadikan tekstur puding mempunyai lubang-lubang kerana suhunya yang terlalu tinggi.

Oleh itu, Kak M mencadangkan kepada pengguna untuk menggunakan bain-marie atau water bath.

Menurutnya melalui cara itu, penghasilan tekstur puding karamel lebih cantik dan sangat lembut apabila dimakan.

Jom ikuti resepi yang dikongsi Kak M untuk dapatkan puding karamel mulus anti gagal!

RESIPI PUDING KARAMEL

Lapisan gula karamel:

  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Puding telur:

  • 5 biji telur saiz B
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 150ml air
  • 2 sudu besar susu pekat
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara:

  1. Masukkan gula ke  dalam loyang pembakar. Letak 2 sudu air di atas api kecil  kemudian biarkan sampai ia bertukar warna perang.
  2. Apabila gula sudah cair dan mula bertukar warna perang, gerakkan loyang supaya karamel rata di setiap sudut loyang.
  3. Sejukkan lapisan gula ini. Biarkan sementara untuk menyediakan bahan puding.
  4. Untuk lapisan puding telur, campurkan ke semua bahan dan pukul rata. Tidak perlu sampai kembang kerana bimbang termasuk angin dalam adunan tu.
  5. Kemudian tapis dahulu supaya puding menjadi licin.
  6. Masukkan dalam loyang. Masak guna kaedah bain-marie atau water bath dalam oven (loyang puding, tenggelamkan dalam loyang lebih besar berisi air, bakar 170 Celsius api atas bawah) selama 45–50 minit.

Selamat mencuba!

Author

Pilihan Editor