HomeGaya HidupJom MakanNikmati pengalaman bazar Ramadan di Melo Café & Deli

Nikmati pengalaman bazar Ramadan di Melo Café & Deli

SEBUT sahaja bulan Ramadan, sudah pasti pelbagai aneka juadah enak akan terlintas di minda setiap umat Islam yang menjalani ibadah berpuasa.

Kali ini, Melo Café & Deli yang terletak di Aras 5, The Pearl Hotel, Kuala Lumpur membawa pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman seolah-olah berada di bazar Ramadan, mulai 14 Mac hingga 7 April 2024.

Melo Café & Deli terletak di Aras 5, The Pearl Hotel, Kuala Lumpur.

Bertemakan Sajian Warisan Nusantara, setiap juadah yang disajikan di Aneka Gerai Bufet Ramadan mempunyai keunikan rasa tersendiri dan pasti memukau selera pengunjung.

Hidangan sate tersedia di Gerai Satay Kajang.

Antara gerai yang mengalu-alukan kedatangan pengunjung adalah Gerai BBQ, Gerai Satay Kajang, Gerai Kawah, Gerai Sup Berapi, Gerai Aneka Goreng, Gerai Sup Penang, Gerai Lemang Tok Wan, Gerai Bakar, Gerai Murtabak, Roti John dan Roti Canai serta Gerai Jagung Kukus Sekinchan.

Pengunjung berpeluang merasai lemang sebelum ketibaan Syawal di Gerai Lemang Tok Wan.
Tidak perlu bersusah payah ke bazar Ramadan kerana Melo Café & Deli sedia menghidangkan roti canai, murtabak dan roti John.
Hidangan murtabak yang terdapat di Melo Café & Deli.
Gerai Aneka Goreng menawarkan makanan bergoreng seperti samosa, karipap dan pisang goreng.

Menu utama yang pasti membuatkan pengunjung terliur adalah kambing panggang yang lembut dengan rempah perapan terbaik.

Kambing panggang dari Melo Café & Deli pasti membuatkan pengunjung terliur.

Tidak ketinggalan, Melo Café & Deli turut menyajikan juadah asli seperti Daging Rendang Tok, Nasi Briyani Ayam, Nasi Briyani Kambing, Sup Tulang Rawan, Shawarma Ayam, Bubur Lambuk Ayam, dan Bubur Lambuk Daging.

Antara pembuka selera yang pasti membuatkan pengunjung menambah hidangan pada pinggan masing-masing.
Lagi pembuka selera di Melo Café & Deli.
Hidangan Shawarma Ayam yang menjadi kegemaran masyarakat Turkiye turut tersedia di Melo Café & Deli.
Melo Café & Deli turut menyediakan makanan laut termasuk masakan udang.
Daging Rendang Tok antara hidangan di pagi Syawal yang boleh dinikmati di Melo Café & Deli pada Ramadan ini.

Tidak lengkap sekiranya berbuka puasa tanpa pencuci mulut yang boleh didapati di Gerai Apam Balik Special, Gerai ABC dan Cendol berpulut, Aneka Biskut Nostalgia serta Gerai pencuci mulut dan buah-buahan.

Gerai Apam Balik Special antara gerai pencuci mulut yang bakal menjadi kegemaran ramai.
Antara hidangan kuih yang terdapat di Melo Café & Deli.

Melo Café & Deli mempunyai kapasiti tempat duduk sehingga 200 orang, manakala ‘ballroom’ mampu memuatkan sehingga 1000 orang pada satu-satu masa dan pastinya ia merupakan lokasi berbuka puasa yang tepat untuk menghargai detik-detik indah bersama insan tersayang.

Pengunjung yang melakukan tempahan awal di Melo Café & Deli mulai 14 Mac hingga 24 Mac ini berpeluang merebut harga istimewa dengan kadar serendah RM108 bagi dewasa, kanak-kanak (RM68+) dan warga emas atau orang kelainan upaya (OKU) pada harga RM88+.

Sementara itu, pada 25 Mac hingga 7 April ini, Melo Café & Deli kembali dengan harga biasa iaitu serendah RM128+ bagi dewasa, kanak-kanak (RM78+), warga emas atau OKU dengan harga RM98+.

Selain itu, kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ditawarkan bufet Ramadan percuma dengan setiap pembelian baucar untuk seorang dewasa pada harga biasa.

Lebih istimewa, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM8,000 yang akan diumumkan pada 8 April ini.

Individu bertuah bakal merebut hadiah utama bernilai RM5,000, sementara hadiah kedua bernilai RM3,000 dan hadiah ketiga bernilai RM1,000.

Malah, The Pearl Hotel turut menawarkan tiga pengunjung bertuah menginap secara percuma di bilik Premier selama 2 hari 1 malam, manakala lima lagi pelanggan bertuah berpeluang menginap di bilik Deluxe selama 2 hari 1 malam.

Author

Pilihan Editor