HomeGlobalPolis Israel halang rakyat Palestin solat Tarawih di Masjid Al-Aqsa

Polis Israel halang rakyat Palestin solat Tarawih di Masjid Al-Aqsa

 

BAITULMAQDIS: Polis Israel pada Ahad menghalang ratusan rakyat Palestin yang ingin menunaikan solat Tarawih pertama bulan Ramadan daripada memasuki Masjid Al-Aqsa di Kota Lama Baitulmaqdis Timur yang diduduki, dengan memukul mereka.

Menurut maklumat saksi mata, polis hanya membenarkan wanita dan lelaki berusia lebih 40 tahun untuk masuk.

Menurut laporan Anadolu, saksi mata berkata, ramai rakyat Palestin yang datang untuk menunaikan Tarawih telah berkumpul di pintu gerbang Masjidil Haram al-Sharif.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bertanggungjawab atas keputusan membenarkan pelampau Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa pada bulan Ramadan, lapor penyiar negara Israel KAN.

Ia melaporkan, sebelum ini, Netanyahu bersama perkhidmatan keselamatan dalam negeri Israel, Shin Bet dan tentera telah mendesak tindakan sedemikian.

Bagaimanapun, kerajaan Israel, dalam satu kenyataan pada 5 Mac mendakwa bahawa ia tidak akan menyekat ibadah rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa sepanjang Ramadan, walau didesak rakan gabungan sayap kanan.

Rakyat Palestin menekankan bahawa Baitulmaqdis Timur adalah ibu kota masa depan negara Palestin yang merdeka, tetapi Israel cuba mengubah identitinya dengan ‘meyahudikan’ Baitulmaqdis Timur, termasuk Masjid Al-Aqsa.

Author

Pilihan Editor