HomeHiburanSekian lama menyepi, kemunculan Azar Azmi ubati kerinduan peminat

Sekian lama menyepi, kemunculan Azar Azmi ubati kerinduan peminat

SETELAH dua tahun menyepikan diri daripada  industri hiburan akhirnya pelakon Azar Azmi membuatkan kemunculan mengejut dalam platform TikTok.

Menerusi sebuah hantaran video di TikTok, Azar atau nama lengkapnya Siti Azar Ameerah Azmi, 35, itu meminta orang ramai ‘berjemaah’ mengikuti akaun TikTok miliknya itu supaya dia boleh membuat siaran langsung.

@azarazmi7

Ade yang rindu aza tak #azarazmi #foryou #fyp #foryourpage #fypp #fypage #fypageシ

♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

“Assalamualaikum semua. Lama menyepi, kalau nampak ‘follow’ akaun saya ya.

“Bukan apa, saya nak cukupkan pengikut untuk buat membuat siaran langsung.

“Ada yang rindu Azar ke?,” soalnya.

Video berkenaan merupakan hantaran kedua yang dimuat naik selepas berkongsi gambar lama ketika masih aktif berlakon sebelum ini.

Pada masa yang sama, Azar turut berkongsi beberapa video meliputi aktiviti hariannya di rumah seperti memasak dan rutin penjagaan kulit.

Terdahulu, kehilangan Azar sejak Mei tahun 2022 mencetuskan tanda tanya termasuk rakan selebriti yang mendakwa turut gagal menjejaki atau menghubunginya.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan rasa rindu dan berharap pelakon jelita itu segera kembali aktif berlakon.

“Lama sepi, muncul-muncul tetap cantik. Hebat, alhamdulillah moga terus sihat dan sentiasa di bawah rahmat Allah,” tulis @aku15740.

“Dah lama tak nampak dia, selamat kembali, Azar Azmi,’’ komen @afiyawdfb3g.

“Yeah, Azar Azmi dah muncul kembali, harap lepas ni dapat berlakon kembali,” tambah @rosesaliwatee.

Author

Pilihan Editor