HomeGlobalCEO tawar bonus lebih RM360,000 kepada pekerja miliki anak

CEO tawar bonus lebih RM360,000 kepada pekerja miliki anak

SEORANG bilionair di sebuah syarikat pembinaan menawarkan bonus lebih AS$75,000 (RM355,800) kepada kakitangannya yang memilih untuk memiliki anak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Booyoung Group, Lee Joong-keun bonus sebanyak AS$75,942 (RM360,276) itu ditawarkan bagi menangani isu kadar kelahiran rendah di Korea Selatan.

“Jika kadar kelahiran rendah berterusan, kita akan berdepan dengan beberapa krisis termasuk kemerosotan tenaga kerja dan kekurangan tenaga kerja bagi sektor pertahanan, yang sangat diperlukan bagi keselamatan negara.

“Kadar kelahiran yang rendah berpunca daripada beban kewangan dan kesukaran untuk mengimbangi kehidupan pekerjaan dan keluarga. Jadi, kami mengambil langkah yang begitu drastik.

“Jika kerajaan menyediakan tanah untuk pekerja yang memiliki lebih daripada tiga orang anak, kami akan membenarkan mereka memilih sama ada insentif kewangan untuk tiga bayi baru lahir atau rumah sewa tanpa beban cukai dan kos penyelenggaraan,” katanya seperti dilapor CNN.

Polisi tersebut tersedia kepada 2,500 lelaki dan wanita yang bekerja di bawah syarikatnya.

Joong-keun berkata, pihaknya juga akan mengambil langkah untuk meringankan beban kewangan ibu bapa apabila mereka memiliki anak kelak.

Ini termasuk menanggung kos perubatan dan kelas tuisyen buat anak-anak kakitangannya.

Pada masa sama, Joong-keun menyarankan kerajaan supaya melaksanakan sistem potongan cukai korporat dan cukai pendapatan supaya kakitangannya boleh menerima faedah penuh daripada insentif yang ditawarkan.

Sebelum ini, sebuah syarikat pakaian dalam, Ssangbangwool menawarkan bonus sebanyak AS$22,400 (RM106,260) kepada setiap pekerjanya yang memiliki anak pertama, AS$22,400 (RM106,260) lagi untuk anak kedua, dan AS$30,000 (RM142,323) untuk anak ketiga.

Author

Pilihan Editor