HomeGlobalSerangan pengganas di Moscow bukan 'gaya' ISIS - Bekas perisik tentera AS

Serangan pengganas di Moscow bukan ‘gaya’ ISIS – Bekas perisik tentera AS

LEBIH 100 orang awam terbunuh selepas sekumpulan pengganas bersenjata menyerbu sebuah konsert dan mula menembak secara rambang ke arah penonton.

Beberapa penyerang telah ditahan oleh pihak berkuasa Rusia dan siasatan telah dilancarkan untuk membongkar kebenaran di sebalik tragedi ini.

Bagaimana pun, percubaan Washington untuk menyalahkan serangan pengganas pada 22 Mac di Moscow ke atas ISIS agak tidak meyakinkan kerana tingkah laku penyerang berkenaan, kata bekas pegawai perisikan Kor Marin AS, Scott Ritter kepada Sputnik.

Menyentuh fakta bahawa pengganas ditangkap semasa melarikan diri ke arah Ukraine, Ritter berkata, pengganas akan cenderung untuk kembali ke tempat jati diri mereka setelah selesai melakukan serangan.

“Maksud saya, mari kita ambil pasukan pasukan khas yang beroperasi di belakang barisan musuh: jika mereka diserang, mereka cuba pulang, mereka cuba melarikan diri dan mengelak ke arah yang lebih selamat.

“ISIS mempunyai kesetiaan kepada versi agama dan tuhan mereka yang terpesong. Jati diri mereka adalah untuk menjadi syahid, untuk masuk syurga,” jelasnya.

“Tetapi bukan itu yang dilakukan pengganas ini,” sambungnya. “Jati diri sebenar mereka ialah Ukraine, dan mereka sedang menuju ke Ukraine. Dan itu sahaja yang kita perlu tahu tentang perkara ini. Ini adalah serangan yang dikaitkan dengan konflik yang berterusan di Ukraine. Siapa di sebalik serangan ini? Siapakah dalangnya? Perkhidmatan keselamatan Rusia akan mengetahuinya. Tetapi siapa pun mereka, mereka tinggal di Ukraine.”

Author

Pilihan Editor