HomeGlobal7 maut kereta lumba terbabas, rempuh penonton

7 maut kereta lumba terbabas, rempuh penonton

 

SERAMAI tujuh orang penonton maut apabila dirempuh oleh sebuah kereta lumba yang terbabas dari litar perlumbaan di Sri Lanka, lapor media tempatan.

Sekurang-kurangnya 18 yang lain cedera dalam kemalangan di acara Fox Hill Supercross di bandar Diyatalawa pada Ahad.

Antara yang maut ialah empat pegawai perlumbaan serta penonton, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun, kata tentera.

Perlumbaan itu dianjurkan oleh tentera Sri Lanka, yang mempunyai akademi di Diyatalawa, dan merupakan acara kali ke-28.

Menurut laporan BBC, lebih 100,000 penonton dilaporkan hadir pada acara berkenaan.

Video yang dikongsi saksi menunjukkan orang ramai bergegas ke tempat kejadian selepas kemalangan itu dan acara itu digantung serta-merta.

Dua daripada mangsa meninggal dunia akibat kecederaan mereka selepas dibawa ke hospital tentera tempatan.

Sebahagian daripada mereka yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan.

Author

Pilihan Editor