HomeHiburanAin Edruce keguguran anak kedua

Ain Edruce keguguran anak kedua

IMPIAN untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian, pengacara, Ain Edruce disahkan keguguran anak kedua.

Menerusi perkongsian di TikTok, Ain mendedahkan bahawa dia terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan akibat mengalami pendarahan teruk.

“Betullah orang cakap sakit gugur itu lagi sakit dari bersalin. Waktu ini aku pendarahan tak berhenti. Dari rumah sampai kecemasan.

“Tak pernah aku rasa sakit macam ini dalam hidup aku. Ubat tahan sakit paling kuat pun tak dapat lawan betapa sakitnya aku masa ini,” katanya.

Di awal video tersebut, Ain atau nama sebenarnya Nurul Ain Edruce, 33, bersama suami kelihatan teruja bakal timang cahaya mata kedua.

Turut sama kelihatan, detik-detik manis Ain berkongsi kegembiraan tersebut bersama suami dan keluarga selepas disahkan hamil.

Namun begitu, manis bertukar pahit setelah Ain menunjukkan keadaan dirinya menerima rawatan di hospital kerana keguguran di penghujung video.

Sementara itu, Ain turut mendedahkan bahawa anak sulungnya iaitu Soraya paling teruja menanti kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.

Bukan itu sahaja, Soraya turut dilihat menitiskan air mata apabila diberitahu kehilangan adik dalam kandungan.

“Soraya paling gembira asyik cium perut aku.

“Masa ini aku beritahu Soraya tak ada lagi adik baby. Kita orang dua-dua menangis. 

“Soraya cakap dekat aku tak apa nanti Allah bagi adik baru,” kongsinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan kata-kata semangat buat Ain untuk terus kuat di masa akan datang.

“Insya-Allah, ada hikmah ya. Kuat okay Ain. Insya-Allah ada rezeki lain nanti,” tulis Sharma Ainie.

“Salam takziah, insya-Allah semoga Allah mengurniakan Ain dan suami zuriat yang terbaik nanti,” kata Missjat.

“Insya-Allah nanti ada yang lain Kak Ain, anak tu tunggu di pintu syurga,” ucap Ayunissa.

@ain.edruce

Simpan sini buat kenangan. Tak de rezeki soraya nk ada adik lagi ❤️❤️❤️

♬ Jiwa Yang Bersedih – Ghea Indrawari

Sebagai rekod, Ain dan pasangannya Amirul Hafiz Mustaffa telah mendirikan rumah tangga pada 2019, hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan cahaya mata bernama Soraya yang kini berusia empat tahun.

Author

Pilihan Editor