HomeBeritaViralIbu kecewa! Aliff Syukri tampil lagu raya baru dengan imej keterlaluan

Ibu kecewa! Aliff Syukri tampil lagu raya baru dengan imej keterlaluan

CYBERJAYA: Bonda Rozita, ibu kepada usahawan dan pempengaruh terkenal, Aliff Syukri, menzahirkan terkilan atas keterlanjuran anaknya yang tampil dengan lagu raya baharu.

Menurutnya, perbuatan tersebut ibarat menconteng arang di muka, menjijikan dan tidak wajar untuk ditonton umum.

Bukan itu sahaja, Rozita mendakwa single raya berjudul Love Raya yang memaparkan aksi selamba joget sekumpulan lelaki tidak menghormati dan sensitif dengan imej islam.

Tidak tahan dengan kontroversi yang dicetuskan itu, Rozita tampil membuat teguran secara terbuka di Instagram untuk anaknya, Aliff Syukri.

“Jangan hina diri kerana sebuah konten, apa ada dengan lagu raya. Haram tetap haram, sudah-sudahlah tu.

“Semua orang tak suka pun tengok, jangan jadi orang yang namanya Islam tapi tidak mencerminkan Islam.

“10 malam terakhir kejar Lailatul Qadr tapi kamu lancarkan video lagu bodoh tidak berakhlak.

“Mana malu? Mana  nak letak maruah? Ambil peluang hidup cari kemanisan dan kesungguhan taubat Kri,” katanya.

Sebagai seorang ibu, Rozita tidak menafikan anaknya itu seorang yang baik dan sentiasa menghiburkan.

Namun selepas menonton video muzik berkenaan, hatinya tergores ibarat gagal mendidik anaknya menjadi yang terbaik dan mohon supaya dipadamkan lagu tersebut.

“Jangan malukan mak, Kri delete lagu tu, mak tegur secara terbuka. Kalau kamu sayang mak, delete. Hentikanlah selamanya jangan ada lagu raya.

“Kamu anak harapan mak, Kri yang selalu hiburkan mak. Tapi ini mak bukan minta nak jadi begini.

“Hidup mak dah akhir-akhir,sangat tak bahagia begini. Kri bukan anak yang tidak baik, sangat baik dengan mak.

“Mak rayu jangan berhenti daripada berbuat begini rosak akhlak dan agama,” rayunya.

Author

Pilihan Editor