PENYIMPANAN makanan yang terlalu padat dalam peti sejuk akan menyebabkan udara sejuk tidak dapat beredar dengan baik untuk menyejukkan makanan.
Oleh itu, kita disarankan untuk menjaga kebersihan peti sejuk dengan kerap untuk mencegah bau busuk, kotoran dan kulat.
Namun pernahkah anda mengalami situasi di mana, peti sejuk dipenuhi dengan berenga di dinding walaupun sudah dicuci dengan kerap?
Menurut perkongsian seorang lelaki dilaman X dikenali sebagai @naimpestcontrol situasi tersebut terjadi kerana terdapat lalat bertelur di sekitar pintu peti sejuk.
Katanya, bau-bauan yang terperangkap dalam peti sejuk mengundang kedatangan lalat lalu bertelur menghasilkan berenga di ruang-ruang kecil di getah pintu peti sejuk.
Menurut perkongsian tersebut, antara kaedah yang boleh dipraktikkan bagi mencegah berenga adalah dengan membilas menggunakan air garam.
Hal ini kerana, sifat garam yang dikenali sebagai natural dehydrator akan menyebabkan saki baki berenga mati.
Pastikan ke semua bahagian di lap dengan rapi sebelum pasang semula peti sejuk dengan suhu paling tinggi dalam masa sehari.
Lalat tu dia bertelur dekat pintu peti tu. Lepas telur tu dah jadi maggot dia akan masuk ikut gap2 kecik dekat getah peti tu sbb makanan dlm peti tu dah ada bau.
Masa nak basuh peti tu elok bilas ngan air garam. Garam ni natural dehydrator, so nnt semua saki baki maggot kat peti… https://t.co/KWz1RUK7gh
— Naim AJ Pest (@naimpestcontrol) April 14, 2024
Bagi mengelakkan peti sejuk berterusan melekit, anda boleh membilas semula peti sejuk dengan air biasa selepas dua atau tiga hari cucian air garam tersebut.