HomeBeritaMCMC diarah ambil tindakan terhadap individu ulang siar video lama

MCMC diarah ambil tindakan terhadap individu ulang siar video lama

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan bahawa, video tular yang dimuat naik seorang pemilik akaun @janggut.putih di laman TikTok baru-baru ini merupakan rakaman lama.

Menurut Fahmi, video yang dirakam pada tahun 2019 itu dimuat naik dipercayai dengan sengaja untuk menimbulkan rasa marah dalam kalangan masyarakat.

Susulan itu, beliau mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap individu berkenaan.

“Ini video dari 2019, recycled (disiar semula) untuk sengaja timbulkan rasa marah. @MCMC_RASMI akan kesan suspek dan ambil tindakan,” tulisnya pada Selasa.

https://twitter.com/PejuangPH/status/1779917146828812575

Terdahulu, pengguna laman X berkenaan yang dikenali sebagai @PejuangPH membuat aduan serta meminta Menteri Komunikasi itu mengambil tindakan terhadap pemilik akaun TikTok terlibat.

Menerusi video berdurasi 1 minit 49 saat itu, seorang individu mendakwa Kementerian Pendidikan (KPM) di bawah kerajaan Pakatan Harapan ketika itu (pada 2019), memaksa ibu bapa dan pelajar untuk mendaftar kad debit daripada sebuah bank antarabangsa, selain menghamburkan kata-kata kesat.

Author

Pilihan Editor