HomeHiburanAchey dan isteri terkedu, Tiara selamba main gigi palsu Tokmak, siap kemam!

Achey dan isteri terkedu, Tiara selamba main gigi palsu Tokmak, siap kemam!

GOLONGAN kanak-kanak adalah antara yang paling teruja menyambut ketibaan 1 Syawal kerana lazimnya pada bulan ini mereka berpeluang untuk mendapat duit raya.

Selain itu, mereka juga teruja dapat berkumpul dapat peluang bermain sama-sama dengan sanak-saudara ketika berkunjung di hari raya.

Namun, lain pula cerita mengenai anak pelawak, Achey apabila dia dengan selamba bermain dengan gigi palsu milik neneknya.

Bukan itu sahaja, menerusi perkongsian Achey di TikTok, anak perempuan yang dikenali sebagai Nur Tiara dilihat sedang kemam gigi tersebut di dalam mulutnya.

“Hey sini tengok, apa benda? Astaghfirullah Tiaraaaa, hey! Gigi Tokmak dibawa main,” tegur Achey apabila melihat kejadian tersebut.

Bagaimanapun, pelawak tersohor itu segera menyuruh anaknya itu luahkan dan pulangkan gigi tersebut kepada neneknya yang mesra dipanggil Tokmak.

Kejadian tidak diduga itu benar-benar membuatkan Achey dan isterinya terkedu dengan keletah nakal anak mereka.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika mereka sedang menziarahi rumah saudara-mara ketika beraya.

Video tersebut kemudiannya tular sehingga meraih 4 juta tontonan, 200,000 tanda suka serta 70,000 kongsian di TikTok.

Tinjauan MEDIA VARIASI di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kenakalan Tiara.

Bahkan, keletah Tiara itu sedikit sebanyak telah mengimbau kembali kenangan lucu netizen dengan gigi palsu sewaktu kecil. 

“Kecik dulu, aku pernah kutip gigi palsu dekat tempat atuk bakar sampah, lepastu kitorang sepupu sepapat gilir-gilir pakai,” ujar @wine_berries. 

“Teringat dekat atok dan abang saya tertukar gigi palsu, lepas tu seminggu mereka berdua tak lalu nak makan,” kata @awekjiwang_clj.

“Pernah sekali aku minum air suam dalam jug bertutup, 2 gelas juga aku minum. Sekali datang nenek aku, rupanya dia rendam gigi dalam jug tu,” kata @boyjebat89.

@achey_kintangkintung

Dia sorang je yang berani pakai🤣🤣… punya sayang tok mak dia.. gigi pun dia pakai… @Tiaracandy_official

♬ original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG

Author

Pilihan Editor