HomeBeritaPemandu maut, penumpang cedera nahas van kilang dan treler

Pemandu maut, penumpang cedera nahas van kilang dan treler

PARIT BUNTAR: Pemandu maut manakala seorang penumpang cedera apabila van kilang yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Besar Tanjung Piandang, Kuala Kurau, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 5.45 pagi tadi.

Susulan itu, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau dibantu Parit Buntar dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah van pekerja dan treler. Terdapat dua mangsa tersepit iaitu pemandu van, seorang lelaki berusia 40-an yang disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Seorang lagi ialah penumpang hadapan van, seorang wanita berumur 30-an yang mengalami kecederaan,” katanya, lapor Astro Awani.

Menurutnya, komander operasi melaksanakan size up dan mengaplikasikan konsep SAVER serta mengarahkan anggota mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan menyelamat.

Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM manakala mangsa yang maut diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Operasi yang membabitkan kekuatan seramai 14 anggota bomba itu tamat pada jam 8.07 pagi.

Author

Pilihan Editor