HomeBeritaPolis buru suspek kes buli remaja di Ulu Tiram

Polis buru suspek kes buli remaja di Ulu Tiram

CYBERJAYA: Polis sedang memburu beberapa suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian buli seorang remaja lelaki di tepi padang bola dekat Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, pihaknya mengesan dua buah video tular memaparkan kejadian remaja tersebut dibuli oleh beberapa individu pada jam 9 pagi Isnin.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati, kejadian berlaku pada jam 2 petang pada 14 Mei 2023, manakala mangsa juga telah tampil membuat laporan pada hari yang sama.

“Mangsa seorang remaja berusia 17 tahun menyatakan telah dipukul oleh beberapa individu tidak dikenali.

“Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati selepas berlaku perselisihan faham serta ejek mengejek antara mangsa dengan suspek ketika berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak menerima rawatan di hospital.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan suspek yang terlibat.

Author

Pilihan Editor