HomeGlobalBapa durjana paksa anak lari atas treadmill hingga maut

Bapa durjana paksa anak lari atas treadmill hingga maut

SEORANG lelaki berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup, selepas didakwa mengakibatkan kematian anaknya yang berusia 6 tahun pada dua tahun lepas.

Christopher Gregor, 31, didakwa memaksa Corey Micciolo berlari di atas mesin pengisar injakan (treadmill), yang ditetapkan dengan kelajuan tinggi pada 2 April 2021.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah gym yang terletak di Middletown Townshop, dekat New Jersey, Amerika Syarikat (AS), Micciolo dipaksa oleh bapanya untuk berlari di atas treadmill itu, dengan alasan kononnya kanak-kanak tersebut memiliki berat badan berlebihan.

Dalam kejadian itu, Gregor dilihat meningkatkan kelajuan mesin tersebut sebelum kanak-kanak berkenaan tergelincir dan terjatuh beberapa kali.

Tanpa sebarang belas kasihan, Gregor kemudian mengangkat semula kanak-kanak tersebut ke atas treadmill dan menambahkan lagi kelajuannya.

Selepas beberapa kali cubaan Micciolo berlari di atas treadmill itu gagal, Gregor kemudian bertindak mengurangkan kelajuan mesin tersebut sebelum kanak-kanak berkenaan dapat berlari seperti biasa.

Micciolo mengalami kecederaan dalaman pada hati dan jantungnya. -Agensi

Dua minggu selepas kejadian itu, Micciolo dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dalaman termasuk lebam pada hati dan jantung.

Polis kemudian mendakwa Gregor pada hampir setahun selepas kematian kanak-kanak tersebut.

Gregor memiliki 12 rekod jenayah lampau sebelum ini. -Agensi

Ketika disabitkan ke mahkamah, Gregor menolak tawaran pengurangan hukuman penjara selama 30 tahun sekiranya dia mengaku bersalah atas kematian itu.

Namun, tawaran itu sebaliknya ditolak tertuduh dan dia bakal dikenakan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah.

Gregor memiliki lebih 12 rekod jenayah lampau termasuk melakukan serangan, rompakan, dan merosakkan harta benda awam pada Ogos 2017 dan April 2018.

Akaun LinkedIn milik Gregor memaparkan pekerjaan terbaharu lelaki itu sebagai ejen hartanah di Red Door Real Estate dekat New Jersey semenjak Februari 2018. – Agensi

 

 

 

Author

Pilihan Editor