[VIDEO] 35 peserta tamat kursus kesedaran perundangan haiwan kesayangan

0
24

SERAMAI 35 penggiat industri tanah air berjaya menamatkan kursus kesedaran perundangan melibatkan haiwan kesayangan yang berlangsung mulai 29 April hingga 30 April lalu.

Presiden Malaysia Cat Groomer Association (MCGA), Noor Zainal berkata, kursus anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar itu mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta terhadap penjagaan dan kefahaman mengenai haiwan peliharaan.

Menurutnya, program tersebut menampilkan tujuh modul termasuk Akta Kebajikan Haiwan 2015, Akta Perhilitan 2010 dan Akta Kehidupan Liar serta cara dandanan kucing.

Authors