KUALA LUMPUR – SMK Seksyen 24 (2) Selangor menjadi pemenang utama dengan hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 dalam suatu Pertandingan Mural bertema ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal. Serlahkan Keceriaan Bersama Gardenia QuickBites’ yang telah berlangsung di Renaissance Hotel Kuala Lumpur pada Khamis.
Pertandingan mural tersebut telah berlangsung dalam tempoh tiga bulan bermula Februari hingga Mei yang lalu dan sekolah yang mengambil bahagian perlu memilih kawasan yang sesuai dan melaksanakan secara berkumpulan melibatkan penglibatan antara murid dan pemantauan guru.
Mural bertemakan ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal’ perlu dihantar kepada pihak QuickBites pada 24 Mei yang lalu untuk sesi penilaian, dan keputusan pemenang telah diumumkan dalam Majlis Penyampaian Anugerah QuickBites 2024 tersebut.
Komponen utama program ini merangkumi pertandingan mural antara lebih daripada 120 buah sekolah yang boleh digunakan sebagai satu saluran untuk melepaskan tekanan kerana pada zaman ini, ramai murid yang begitu tertekan untuk meraih keputusan yang cemerlang.
Gardenia QuickBites berjaya mencipta sejarah dengan menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records untuk ‘Most Wall Murals In A Branding Campaign’. Pengiktirafan tersebut telah diperolehi semasa di Penyampaian Anugerah QuickBites 2024 ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal’ yang telah berlangsung di Hotel Renaissance, petang tadi. Ini adalah pengiktirafan yang julung kalinya diterima oleh Gardenia daripada The Malaysia Book of Records dan berharap pencapaian ini dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak penciptaan impak yang positif untuk masyarakat.
Program ‘Minda Sihat Cergas Fizikal’ Bersama QuickBites 2024 telah berjaya memberi manfaat kepada lebih kurang 130,000 orang murid dan guru daripada lebih 120 buah sekolah menengah di seluruh Semenanjung Malaysia sejak mula dijalankan. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24 (2) Shah Alam telah dinobatkan sebagai Pemenang Hadiah Utama dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azman bin Mashuri, Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Puan Lavinia Anthony, Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.