KUALA LUMPUR: Seorang pengendali siaran langsung terkenal Kaka menggunakan platform TikTok berjaya menarik ramai mangsa tampil berkongsi pengalaman didera ala ‘militan’ di pusat pemulihan yang beroperasi secara tidak sah menggunakan nama madrasah dan pertubuhan.
Berita berkaitan: MEDIA VARIASI pertahan laporan isu penderaan demi kepentingan awam
Menerusi akaun Street Kaka, dia mengetengahkan isu penggunaan nama madrasah yang boleh mencemarkan imej agama Islam apabila wujud perlakuan tidak Islamik ketika program pemulihan dan rawatan.
Di akaun TikTok Kaka tertera ayat, “Jika engkau menyembunyikan kebenaran, sama saja seperti engkau menafikan bahawa Allah sedang melihatmu”.
Dalam siaran langsung malam tadi, mangsa-mangsa tampil berkongsi pengalaman mereka dan mendatangkan pelbagai reaksi masyarakat.
Berita berkaitan: MEDIA VARIASI pertahan laporan isu penderaan demi kepentingan awam
Perasaan sedih, geram, marah, bercampur apabila mendengar kisah mereka yang menanggung derita bertahun-tahun lamanya.
Ada yang mendakwa sudah membuat laporan polis tetapi akhirnya diklasikafikasikan sebagai tindakan No Further Action (NFA) atau ditakutkan dengan ugutan akan disaman.
Namun demi kesejahteraan dan kepentingan awam, mereka memberanikan diri menceritakan pengalaman kerana bimbang ada lagi mangsa lain menimpa nasib sama.
Seorang mangsa menggunakan akaun Teguran Saham Akhirat mendakwa dia mengalami trauma yang dahsyat dengan rekod perubatan kesan cubaan liwat beberapa tahun lalu apabila dimasukkan ke pusat pemulihan tidak berdaftar.
Berita berkaitan: MEDIA VARIASI pertahan laporan isu penderaan demi kepentingan awam
“Saya pernah duduk di bawah seorang ustaz, saya sempat lari disebabkan hampir diliwat, ada rekod perubatan dan kes sampai ke IPD Kajang.
“Kita bukan hendak menuduh ustaz, cuma ada setengah orang dalam tu memang kejam dan saya antara mangsa yang sempat lari.
“Saya sangat menghormati ustaz, tetapi apabila jadi kes, ustaz kata saya buat fitnah, siap nak lawan kes. Saya golongan B40, keluarga susah tiada kemampuan lawan kes jadi tarik report atas nasihat pegawai, katanya nanti susah.”
“Kes ini berlaku tahun 2016 dan saya juga tidak dapat keadilan, saya cuma kongsi pengalaman pahit sahaja,” katanya.
Berita berkaitan: MEDIA VARIASI pertahan laporan isu penderaan demi kepentingan awam
Terdahulu ada mangsa mendakwa berlaku kejadian liwat dan mangsa adalah kanak-kanak seawal usia belasan tahun.
Dalam pada itu, ada juga pihak tampil memaklumkan ibu bapa yang bertanggungjawab memilih tempat sedemikian dan tak wajar meletakkan kesalahan kepada pengurusan.
“Mereka (ibu bapa) yang bawa masuk anak bermasalah jadi mereka sewajarnya akur apa perlaksanaan dijalankan pusat seperti itu.
“Ada yang berusia 11 tahun disebat 100 kali dan perkara itu sebenarnya tidak jadi isu.”
“Bilik detoks adalah pengasingan yang bermasalah kerana dibimbangi akan menghasut penghuni lain,” katanya.
Berita berkaitan: MEDIA VARIASI pertahan laporan isu penderaan demi kepentingan awam
Pemilik akaun Cucu Onn pula mencelah mempersoalkan siapa yang boleh menetapkan jumlah hukuman itu sesuai atau tidak kepada penghuni berusia 11 tahun berkenaan.
Soal Cucu Onn, isunya siapa yang tetapkan perlaksanaan hukuman seperti bilik penjara (detoks) sesuai atau tidak untuk penghuni berkenaan.
Seorang mangsa lain mendakwa dia hamil dan pernah ditempatkan di bilik detoks tanpa ada tilam, terpaksa tidur di atas najis sendiri.
Sebagai penutup, Kaka berharap siasatan terperinci perlu dilakukan agensi terbabit terhadap maklumat mangsa kerana ia membabitkan isu kemanusiaan, isu keselamatan dan kepentingan awam.
Berita berkaitan: MEDIA VARIASI pertahan laporan isu penderaan demi kepentingan awam
“Pihak berkuasa perlu memahami trauma yang dilalui mereka tanpa melihat latar belakang diri mereka kerana ini isu kepentingan awam.
“Kita tidak mahu ada pihak berkepentingan dan mengaut keuntungan peribadi dengan menggunakan nama madrasah tetapi melakukan perkara menyalahi undang-undang dan kemanusiaan,” jelasnya.
Sementara itu Pengerusi Sekretariat Gabungan NGO Selangor, Datuk Nazilah Idris mencadangkan satu jawatankuasa suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat pusat pemulihan yang beroperasi di bawah nama madrasah dan pertubuhan kebajikan di seluruh negara.
Berita berkaitan: MEDIA VARIASI pertahan laporan isu penderaan demi kepentingan awam
Katanya, ini berikutan pelbagai pihak tampil meninggalkan komen mendakwa pernah menjadi mangsa dera di premis sedemikian.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana madrasah di negara ini yang didapati menjalankan penderaan ala militan kepada penghuninya.
Beliau berkata tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya melibatkan pelanggaran undang-undang, supaya memberi pengajaran kepada orang lain kerana merosakan imej agama Islam.