HomeSukanRicharlison jadi mangsa perkauman, FIFA jalankan siasatan

Richarlison jadi mangsa perkauman, FIFA jalankan siasatan

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mula campur tangan untuk menyiasat Richarlison yang baru sahaja menjadi mangsa serangan berbaur perkauman ketika beraksi bersama pasukan kebangsaan Brazil.

Perlawanan Brazil dan Tunisia di Parc des Princes pada Rabu dicemari insiden perkauman.

Pada minit ke-19, Richarlison meraikan jaringan ketika menentang Tunisia. Penyokong yang mengejeknya kemudian melemparkan beberapa barang termasuk pisang yang menjadi simbol penghinaan kaum.

Richarlison menerusi akaun Twitternya mengecam tindakan itu selain kesal dengan sikap FIFA yang seolah-olah tidak menghiraukannya. Walaupun bukan sahaja Richarlison, tetapi ramai pemain menjadi sasaran hinaan.

Sementara itu, penyerang Brazil Rodrygo turut meminta FIFA mengambil tindakan tegas berhubung insiden rasis yang menimpa Richarlison bagi mengelak ia berulang.

“Kami sudah biasa, pasukan kebangsaan kami sentiasa dihina begitu. Ia mesti dihentikan segera,” kata Rodrygo kepada COPE.

Gelombang bantahan ini membuatkan FIFA akhirnya bertindak dan akan segera menjalankan siasatan terhadap kes gangguan kaum itu. FIFA berjanji akan memberikan hukuman yang tegas kerana tidak bertolak ansur dengan perkara seperti itu berlaku.

“Pertama sekali, FIFA menolak sekeras-kerasnya kewujudan gangguan perkauman dan keganasan. Kami tidak bertolak ansur dengan perkara seperti itu berlaku dalam bola sepak.

“FIFA akan menyiasat perlawanan di Paris semalam,” kata kenyataan rasmi FIFA.

Author

Pilihan Editor