HomeBeritaMEDIA VARIASI pertahan laporan isu penderaan demi kepentingan awam

MEDIA VARIASI pertahan laporan isu penderaan demi kepentingan awam

[DIKEMASKINI] KUALA LUMPUR: Portal berita dalam talian, MEDIA VARIASI mempertahankan laporan isu penderaan ala ‘militan’ di sebuah madrasah yang didakwa menjalankan pusat pemulihan dan rawatan secara tidak sah.

Berita berkaitan:

Isu madrasah bukan isu agama sebaliknya isu kepentingan awam – Peguam

Bilik detoks Madrasah Darussolihin beroperasi 20 tahun tanpa kelulusan AADK

Surat aku janji madrasah dera ala militan langgar prinsip kemanusiaan

Ia berikutan surat Letter Of Demand (LOD) oleh pihak Pertubuhan Kebajikan Darussolihin berhubung artikel berkenaan berkaitan prosedur pemulihan yang didakwa melanggar hak asasi manusia.

Pihak pertubuhan kebajikan berkenaan mengadakan sidang media pada petang Isnin memaklumkan mereka menghantar notis kepada MEDIA VARIASI, pengarang (Wan Noor Hayati), meminta surat tunjuk sebab kenapa tidak boleh disaman kepada pegawai Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gulab Jan Fazal Eladi, bekas pelatih Darussolihin, Haris Ayub Mohideen yang mendakwa didera serta mempertimbangkan untuk menyaman ibu pengadu, Zuraina Zambri.

Pertubuhan Kebajikan Darussolihin juga mengemukakan tuntutan ganti rugi masing-masing RM10 juta kepada Wan Noor Hayati, MEDIA VARIASI dan mangsa yang mendakwa didera ala ‘militan’.

Berita berkaitan:

Isu madrasah bukan isu agama sebaliknya isu kepentingan awam – Peguam

Bilik detoks Madrasah Darussolihin beroperasi 20 tahun tanpa kelulusan AADK

Surat aku janji madrasah dera ala militan langgar prinsip kemanusiaan

MEDIA VARIASI menegaskan akan menjawab LOD tersebut, tidak akan memohon maaf atau menurunkan artikel berkenaan demi kebenaran dan kesejahteraan keselamatan penghuni di madrasah berkenaan.

Namun, sejajar dengan sikap terbuka yang diamalkan, MEDIA VARIASI sedia untuk melaporkan apa-apa ulasan, penjelasan atau komentar balasan yang ingin diutarakan oleh pihak pentadbiran madrasah tersebut.

MEDIA VARIASI bertegas menentang segala usaha untuk ‘mendiamkan’ pengamal media daripada menyalurkan berita dan suara rakyat yang menjadi isu kepentingan awam dan keselamatan negara.

Berita berkaitan:

Isu madrasah bukan isu agama sebaliknya isu kepentingan awam – Peguam

Bilik detoks Madrasah Darussolihin beroperasi 20 tahun tanpa kelulusan AADK

Surat aku janji madrasah dera ala militan langgar prinsip kemanusiaan

Penyampaian berita berbentuk pembongkaran dan analisis kewartawanan adalah fair reporting berdasarkan dokumen dan bukti yang dikemukakan selain pengesahan agensi berkaitan dalam proses penyiaran berita di portal MEDIA VARIASI.

MEDIA VARIASI tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang berkaitan sekiranya ada unsur fitnah untuk menjatuhkan MEDIA VARIASI dan menghalang amalan fair reporting.

Orang ramai boleh membaca laporan-laporan pembongkaran suara rakyat, isu pembangunan negara dan suara pemimpin di mediavariasi.com atau ikuti semua saluran media sosial MEDIA VARIASI di Facebook, Instagram, TikTok, Twitter dan juga YouTube.

Berita berkaitan:

Isu madrasah bukan isu agama sebaliknya isu kepentingan awam – Peguam

Bilik detoks Madrasah Darussolihin beroperasi 20 tahun tanpa kelulusan AADK

Surat aku janji madrasah dera ala militan langgar prinsip kemanusiaan

Author

Pilihan Editor