NEW DELHI: Kerajaan India menarik balik larangan eksport beras organik bukan basmati termasuk beras hancur yang dikuat kuasa selama hampir tiga bulan lalu, menurut pengumuman rasmi yang dikeluarkan Direktorat Jenderal Perdagangan Luar Negeri (DGFT) lewat Selasa.
Sebagai sebahagian daripada Kementerian Perdagangan dan Industri Persekutuan, DGFT pada dasarnya terlibat dalam mengawal selia dan mempromosi perdagangan asing berdasarkan peraturan, lapor Xinhua.
Larangan terhadap eksport beras dikenakan bagi memastikan bekalan domestik mencukupi susulan kebimbangan mengenai hasil tanaman itu berkurang semasa musim sejuk.
Dalam usaha untuk meningkatkan bekalan domestik ketika itu, kerajaan persekutuan juga mengenakan duti eksport sebanyak 20 peratus ke atas pelbagai beras bukan basmati, kecuali beras parboil.
Pembatalan larangan itu berlaku selepas kebimbangan mengenai kekurangan beras semakin reda.
Di India, musim sejuk bermula pada Jun-Julai dan tanaman dituai pada Oktober-November. – BERNAMA