HomeBeritaLebih 40,000 rakyat bertarung nyawa, MB PAS Terengganu cuti ke New Zealand?

Lebih 40,000 rakyat bertarung nyawa, MB PAS Terengganu cuti ke New Zealand?

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu dari parti PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, didakwa lebih utamakan bulan madu bersama isteri di Auckland, New Zealand ketika lebih 40,000 rakyatnya sedang bertarung nyawa berhadapan banjir besar.

Dakwaan itu dibuat bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam dalam siaran langsung di media sosial malam tadi.

Lokman berkata, Samsuri dan isterinya berlepas ke Auckland pada 11 Disember dan hanya dijangka pulang esok (22 Dis).

“Amat menyedihkan. Kami semak tadi (malam tadi) sama ada, ada pertukaran jadual penerbangan… 22 Dis nanti baru dia balik.

“Jadual penerbangan (untuk Samsuri) tidak ada perubahan.

“Maknanya, bulan madu dengan isteri dia itu lebih penting daripada (penderitaan rakyat) … kamu faham-faham sajalah. Ini amat menyedihkan,” kata Lokman.

Dia juga mendakwa mempunyai maklumat terperinci berhubung percutian Samsuri di Auckland iaitu resit kereta sewanya.

Lokman turut membidas Naib Presiden PAS itu kerana memulakan kutipan derma bagi mangsa banjir melalui pejabatnya sebagai ADUN Rhu Rendang meskipun tidak hadir secara fizikal.

Semakan di halaman Facebook rasmi Samsuri juga menunjukkan bahawa hantaran tersebut dipenuhi dengan kemas kini berkaitan banjir di negeri terbabit, tetapi tiada satu pun daripadanya menunjukkan dia melawat mana-mana kawasan yang dilanda bencana.

Spekulasi mengenai keberadaan Ahmad Samsuri semakin kencang bertiup berikutan dia tidak kelihatan semasa Presiden PAS Abdul Hadi Awang melawat beberapa pusat pemindahan banjir di Terengganu semalam.

Bekas pensyarah universiti itu juga tidak kelihatan ketika Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi melawat mangsa banjir di negeri itu pada hari yang sama.

Setakat pagi ini, lebih 40,000 mangsa banjir ditempatkan di 297 pusat pemindahan banjir di seluruh negeri Terengganu.

Author

Pilihan Editor