HomeBeritaTanah runtuh: Mangsa ke-26 ditemui, lelaki dewasa

Tanah runtuh: Mangsa ke-26 ditemui, lelaki dewasa

BATANG KALI: Satu lagi mayat mangsa tanah runtuh, lelaki dewasa dilaporkan ditemui kira-kira jam 11.16 pagi tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mayat berkenaan ditemui di sektor B (Farm View).

Lelaki berkenaan ditemukan pada kedalaman kira-kira satu setengah meter dalam keadaan berpelukan bersama seekor anjing di sektor berkenaan.

Turut ditemukan seekor lagi anjing berhampiran kawasan itu dan bangkai kedua-dua ekor anjing berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut.

“Maklumat dikemaskini setakat jam 11:50 pagi, sejumlah 94 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat dengan kejadian runtuhan yang berlaku.

“61 orang dalam keadaan selamat dan cedera manakala 26 orang meninggal dunia iaitu lima kanak-kanak (lelaki), tiga kanak-kanak (perempuan), 13 dewasa (wanita) dan lima dewasa (lelaki).

“Pasukan Mencari dan Menyelamat SAR Operasi Tanah Runtuh telah berjaya menemui mangsa yang ke 26 pada jam 11:16 pagi iaitu seorang lelaki dewasa di sektor B. Operasi mengeluarkan mangsa sedang dilakukan,” lapor JBPM Selangor hari ini.

Pada masa sama, pasukan SAR masih meneruskan misi pencarian baki tujuh lagi mangsa yang tidak ditemui.

Author

Pilihan Editor