HomeHiburanIsu viral boleh naikkan populariti serta 'bunuh' karier - Saiful Apek

Isu viral boleh naikkan populariti serta ‘bunuh’ karier – Saiful Apek

CYBERJAYA: Pelakon dan pelawak, Saiful Apek menzahirkan rasa bimbangnya terhadap segelintir generasi muda yang kini digambarkan terlalu obses dengan populariti.

Saiful atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 53, berpandangan bahawa anak muda perlu bijak dalam membuat sesuatu perkara terutamanya dalam era teknologi moden masa kini.

“Fasiliti moden kini menjadikan individu sekarang terlalu ‘manja’ mereka seakan-akan terlepas pandang tentang akar umbi perjuangan seni itu sendiri.

“Tapi dalam masa sama kita perlu bergerak seiring dengan kemajuan dan saya sedikit pun tidak ada rasa iri hati,” katanya seperti dilapor portal Getaran.

Tambah Apek yang turut membintangi filem Hantu Tenggek, meskipun kemajuan sedia ada dapat menaikkan populariti seseorang namun harus berwaspada kerana bimbang jika perkara itu ‘memakan diri’ sendiri.

“Viral hari ini, esok dah ada viral baru, ia boleh membantu dan dalam masa sama boleh membunuh dengan isu-isu viral tanpa henti,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor