TOKYO: Rakyat Vietnam mewakili kumpulan terbesar pekerja asing yang bekerja di Jepun yang menyumbang 25.4 peratus daripada jumlah 1.82 juta pekerja asing setakat akhir Oktober tahun lalu, menurut Kementerian Kebajikan, Buruh dan Kesihatan Jepun.
Berdasarkan data yang dikeluarkan minggu lalu, sebanyak 1,822,725 juta pekerja asing bekerja di Jepun setakat akhir Oktober 2022Â meningkat 5.5 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Daripada jumlah populasi pekerja asing sebanyak 462,384 terdiri rakyat Vietnam, 385,848 (China) dan 206,050 (Filipina) yang menjadikan mereka tiga komuniti terbesar.
Data itu turut merekodkan bahawa lebih banyak tempat kerja mengupah pekerja asing menyaksikan peningkatan sebanyak 4.8 peratus.
Tokyo mempunyai pekerja asing paling ramai iaitu 500,089 orang diikuti wilayah Aichi (188,691)Â dan wilayah Osaka (124,570) . – BERNAMA