HomeGaya HidupJom Makan100 menu Chef Dee untuk Ramadan di The Grand Campbell Hotel

100 menu Chef Dee untuk Ramadan di The Grand Campbell Hotel

KUALA LUMPUR: Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi, pastinya hidangan juadah berbuka yang paling ditunggu umat Islam sepanjang menunaikan ibadah puasa selama sebulan.

Semestinya industri hotel masing-masing turut berebut menyediakan menu sajian istimewa ketika ini, kerana orang Malaysia cukup terkenal dengan pelbagai jenis makanan mengikut 13 negeri, dua Wilayah Borneo dan tiga Wilayah Persekutuan, seluruh negara.

Terletak di tengah-tengah ibu kota negara, The Grand Campbell Hotel, di Jalan Dang Wangi, di sini bakal menyediakan sajian Melayu klasik ‘piau’ dengan bertemakan ‘Ahlan wa sahlan’ bermaksud tersedia segala kemudahan dan tolak ansur untuk anda.

The Grand Campbell Hotel

Paling menarik adalah, mereka yang menginap di The Grand Campbell Hotel adalah, mereka akan menikmati sajian istimewa yang dimasak oleh pelakon, pengacara dan pelawak popular, Abang Dee, selain hiburan nostalgia.

Siapa tak kenal Abang Dee atau nama sebenarnya, Syed Muradzi Syed Shamsul merupakan pelawak popular menerusi sitkom Jangan Ketawa pada tahun 1990-an dan sehingga kini masih menerima undangan.

Namun tahun ini Abang Dee memilih untuk melakukan sesuatu lebih baik untuk diri dan semua melalui pengurusan hotel berkenaan bersama Excellent Event Sdn Bhd, Kapt Bersekutu (PA) Mohamad Zaid Mohamad Shah atau Zack, dan pelakon, Adam Shah.

Berbalik kepada juadah istimewa tadi, Abang Dee ketika ditemui berkata, The Grand Campbell menyediakan lebih 100 jenis juadah berbuka puasa dengan harga sangat berpatutan.

“Kelainan tahun ini, adalah Abang Dee akan masak hari-hari, boleh rasa air tangan Abang Dee.

“Sekali sekala Abang Dee akan masak gulai kari ikan kering tumis darat, lauk warisan orang Utara selain sambal tumis udang resipi turun temurun warisan arwah Umi (ibu) Abang Dee, ha ‘kecaq ayaq lioq’.

“Kari memang takkan dilupakan orang Utara macam Abang Dee, resipi dalam tangan.

“Selain itu, ada juga hidangan dimasak oleh rakan kongsi Abang Dee, iaitu Zack dan isterinya dengan masakan Negeri Sembilan,” katanya kepada MEDIA VARIASI pada Majlis Hidangan 1,001 Rasa sempena Ramadan di hotel berkenaan, baru-baru ini.

Sementara itu, Zack berkata, pihak hotel akan menyediakan bufet sahur bermula pada jam 12 tengah malam hingga 3 pagi sepanjang Ramadan.

“Ini yang pertama kita buat, mereka berminat boleh buat tempahan hotel, berbuka, sahur, beli-belah di sebelah pusat beli belah terkenal, kemudahan parkir yang banyak.

“Dalam tempoh itu juga, kita akan ada persembahan selebriti, cabutan bertuah,” katanya.

Katanya, setiap sebahagian nilai pembelian hidangan itu akan disalurkan ke Pertubuhan Kebajikan Nurhati di Ampang melalui 300 bungkusan pek makanan.

“Abang Dee adalah duta dan jurucakap kepada pertubuhan ini yang dihuni oleh anak tak sah taraf, anak ditinggalkan, ibu tunggal, dan orang tua,” katanya yang juga pengasas rumah kebajikan itu.

The Grand Campbell dimiliki Kumpulan SHAPADU, terletak berhampiran Jalan Tuanku Abdul Rahman itu menyediakan hidangan Buffet Ramadan dengan harga serendah RM78 bagi dewasa dan RM59 bagi kanak-kanak.

Harga promosi penginapan di The Grand Campbell Hotel sepanjang Ramadan bermula RM150 satu malam untuk bilik superior (termasuk sahur untuk dua orang) sehingga RM300 satu malam untuk bilik superior (termasuk sahur dan Buffet Ramadan untuk dua orang).

The Grand Campbell Hotel turut menyediakan pakej perkahwinan dengan kapasiti dewan memuatkan 500 orang pada satu masa, dilengkapi 153 bilik superior, deluxe, dan eksekutif selain bilik seminar, ruang tertutup (100 orang) dan terbuka (4,000 orang).

Foto: FB The Grand Campbell Hotel

Author

Pilihan Editor