HomeBeritaZuraida yakin pekerja asing tidak lari

Zuraida yakin pekerja asing tidak lari

KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi,  Datuk Zuraida Kamaruddin tidak bimbang isu pekerja asing lari kerana sudah ada sistem yang boleh kesan dan kawal pergerakan mereka yang diambil bekerja.
“Untuk lari memang susah kerana aplikasi yang disediakan boleh kesan segala pergerakan mereka.
“Sistem ini sudah diperketatkan dan kita yakin berkesanannya,” katanya kepada MEDIA VARIASI ketika diminta mengulas saranannya sebelum ini supaya mengambil pekerja asing dari negara lain dan bukannya bergantung kepada pekerja dari Indonesia dan Bangladesh.

Beliau berkata demikian pada penutupan Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) 2022  yang kali pertama dilaksanakan sejak pintu sempadan negara dibuka.

Ekspo itu berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung dan 350 syarikat dari 39 negara sepanjang tiga hari penganjurannya di MITEC, Kuala Lumpur.

Bertemakan “Memajukan Agrikomoditi dalam Ekosistem Lestari”, MIACES 2022 memberi tumpuan kepada sektor minyak sawit, getah, kayu, koko, lada dan kenaf, menyumbang sasaran nilai eksport RM300 billion tahun ini.

Bersempena dengan MIACES 2022, KPPK turut melancarkan kempen untuk menyangkal dakyah anti-minyak kelapa sawit dari barat.

“The Global Movement to Champion The Goodness of Palm Oil” ataupun Pergerakan Global untuk Menjuarai Manfaat Minyak Sawit ialah kempen multimedia serta digital yang disasarkan kepada khalayak global.

Author

Pilihan Editor