HomeHiburanMohd Noor Kadir meninggal dunia, kanser prostat tahap 4

Mohd Noor Kadir meninggal dunia, kanser prostat tahap 4

Oleh: FATTAH RAZZAQ

KUALA LUMPUR: Penerbit drama popular era 90-an, Mohd Noor Kadir, 69, menghembuskan nafas terakhir disyaki akibat kanser prostat tahap empat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 1.57 pagi ini.

Arwah yang juga Pengarah Urusan Kuasatek Pictures Sdn. Bhd. pernah menjalani pembedahan jantung pada bulan lalu.

Terdahulu, Allahyarham Mohd Noor terkenal dengan terbitan drama popular seperti Cinta Korporat, Marabbuka, Cinta Antara Benua, Cinderella, Romeo & Juliet, Salam Taj Mahal dan Kama Sutra pada era 1990-an.

Kebanyakan drama yang diterbitkan memiliki lokasi penggambaran di luar negara.

Malah, impak mutu drama menjadikan nama Kuasatek Pictures terkenal sebagai syarikat pengeluar drama di Malaysia dan sering dinantikan ramai.

Selain itu, Kuasatek Pictures itu juga pernah menerbitkan filem Mr Cinderella dan Mr Cinderella 2 yang menjalani penggambaran di New Zealand.

Bagaimanapun, Allahyarham meninggalkan dunia seni bagi memberi tumpuan kepada syarikat kejuruteraan.

Namun beliau kembali menerbitkan beberapa drama selepas lima tahun.

Author

Pilihan Editor