HomeBeritaBERTINDAK persoal lambakan SJK Cina di kawasan majoriti Melayu

BERTINDAK persoal lambakan SJK Cina di kawasan majoriti Melayu

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Badan Bertindak Bandar Kinrara (BERTINDAK) mempersoalkan lambakan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sekitar Bandar Kinrara.

Pengerusi BERTINDAK, Mohamad Haron Sidik berkata, sudah ada tujuh SJKC di Bandar Kinrara berbanding tiga Sekolah Kebangsaan di dalam lingkungan lima kilometer.

“Kami pelik kenapa hendak dibina SJKC di Bandar Kinrara 5B (BK5B) yang majoritinya penduduk Melayu.

“Tapak ini diperuntukkan sebagai sebuah sekolah kebangsaan bagi penduduk Bandar Kinrara dalam perancangan asal yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya sejak dua dekad lalu.

Tambahnya, ada wakil Kementerian Pendidikan yang membuat lawatan tapak pagi tadi tetapi tidak dipanggil pula ketua penduduk.

“Kenapa mereka tidak tanya pendapat penduduk sesuai atau tidak tapak berkenaan.

“Sepatutnya pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) baharu dibuat di tapak yang dicerobohi kerana nilai tanahnya yang mahal.

“Tapak SK di BK5B berbukit, jika dijual tanahnya, kerajaan boleh senang-senang dapat RM5 juta. Dengan duit ini, kerajaan dapat bina sebuah SK dengan percuma.

“Kami bukan membantah pembinaan SK di BK5 tetapi adalah lebih baik kita bina SK baru ditapak yang telah dicerobohi terlebih dahulu, sekaligus tiada lagi usaha membina SJKC Too Joon Hing di kawasan ini.

“Malah pengalaman kami sebagai bekas penjawat awam, sekolah vernakularlah  punca perpecahan, tidak hormat menghormati antara rakyat berbilang kaum.

“Difahamkan bahawa KPM telah mengeluarkan arahan supaya pembinaan SJKC Too Joon Hing tersebut dihentikan serta-merta namun dilihat mereka masih mahu teruskan kerana tahu nilai tanah berkenaan.

“Jika mereka mahu bina juga SJKC, seramai 5,000 orang Melayu akan berhimpun secara aman untuk membantah kerana kawasan ini tidak sesuai,” katanya.

Memorandum bantahan telah diserahkan kepada pegawai bahagian kewangan Pejabat Perdana Menteri, Mohd Sabri Seman dan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Author

Pilihan Editor