WASHINGTON: SpaceX pada Rabu mengesahkan ia menandatangani kontrak untuk melancarkan stesen angkasa komersial pertama di dunia.
Syarikat berkenaan turutĀ akan melakukan penerbangan angkasa lepas dikendalikan manusia sejurus selepas melancarkan stesen itu ke orbit selewat-lewatnya Ogos 2025, lapor United Press International (UPI) memetik kenyataan SpaceX.
Stesen angkasa Haven-1 sedang dibangunkan oleh Vast, sebuah syarikat aeroangkasa persendirian berpangkalan di Long Beach, California.
“Misinya adalah untuk menyumbang kepada masa depan yang berbilion manusia hidup dan berkembang maju di angkasa, masa depan populasi manusia dan sumber kita berkembang jauh melebihi imaginasi semasa kita,” menurut kenyataan itu.
Vast dibiayai sepenuhnyaĀ oleh bilionair yang jugaĀ pengasas sertaĀ Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Jed McCaleb.
SpaceX akan menggunakan roket Falcon 9 untuk membawa stesen Haven-1 ke orbit.
KruĀ SpaceXĀ kemudiannya akan menggunakan kapal angkasa Dragon yang boleh diguna semula syarikat itu untuk sampai ke stesen angkasaĀ dan berada di orbit sehinggaĀ 30 hari.
SpaceX juga akan menyediakan latihan kru, serta sut angkasa dan latihan masuk dan keluar kapal angkasa selainĀ menjalankan simulasi misiĀ sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan Vast.
Pemilihan kru sedang dijalankan dan mereka yang terpilih akan diumumkan kemudian. – BERNAMA-UPI