HomeGaya HidupJom MakanPizza Jangok Mek Ani ‘melekat’ di hati, topping meriah keju meleleh!

Pizza Jangok Mek Ani ‘melekat’ di hati, topping meriah keju meleleh!

 

PIZZA Jangok Mek Ani yang beroperasi di Kelantan ternyata menawan hati pengunjung sehingga ada yang berpesan ‘wajib cuba pizza Mek Ani kalau pergi ke Kelantan’.

Mana tidaknya, keunikan pizza yang dicipta oleh seorang usahawan, Noraini Ahmad, 37, dengan mengutamakan citarasa orang Melayu itu ternyata mendapat sambutan ramai.

Pemilik Pizza Jangok Mek Ani, Noraini Ahmad, 37

Menurut Noraini, ‘jangok’ membawa maksud cantik (berhias) dan perkara itu boleh dilihat menerusi topping bagi kesemua jenis pizza di kedai miliknya yang begitu ‘meriah’ dengan limpahan keju dan aneka ramuan yang lazat.

Berkongsi kisah permulaannya berniaga, Noraini menyatakan pada awalnya dia hanya belajar membuat pizza mini dengan kakaknya.

“Saya mula membuat pizza mini selepas belajar dengan kakak yang tinggal di Kampung Kok Pasir, Tumpat dan menjualnya secara dalam talian pada 2016 sebelum membuka sebuah bengkel di Kampung Wakaf Simen, Jedok, setahun kemudian, dan pada 2019, rezeki saya Alhamdulillah dapat buka kedai ini,” katanya.

Pizza Jangok Mek Ani kini menawarkan 10 jenis pizza beraneka citarasa seperti Pizza Meatball, Pizza Tomyam Seafood, Pizza Tora yang menggunakan bebola ayam dan Pizza Seafood yang menggunakan udang segar setiap hari.

Selain itu, Noraini turut menyediakan pilihan pizza beraneka jenis topping menerusi Pizza Mix Taste dan Pizza Manja (keju) yang bersesuaian untuk anak-anak kecil yang tidak tahan pedas dan kurang gemar memakan sayur-sayuran.

 

 

 

 

 


Alamat: Lot 14426, 3, Kampung Chedok, 17700, Ayer Lanas, Kelantan

Waktu Operasi: Khamis – Selasa (10 pagi – 10 malam) // Rabu (Tutup)

Author

Pilihan Editor