HomeGlobalMenteri Perancis model ‘Playboy’ dipecat

Menteri Perancis model ‘Playboy’ dipecat

 

SETIAUSAHA negara bagi ekonomi sosial dan perpaduan akan meninggalkan kerajaan Perancis selepas lebih enam tahun memegang jawatan, di tengah-tengah kontroversi mengenai dakwaan salah urus dana awam yang diwujudkan untuk menentang “ekstremisme.”

Marlene Schiappa, yang telah menjadi tajuk utama selepas bergambar untuk muka depan majalah Playboy awal tahun ini, dapat tahu mengenai pemecatannya semasa perbualan telefon dengan Presiden Emmanuel Macron pada petang Khamis.

“Kami bercakap untuk masa yang lama, kira-kira tiga puluh minit,” katanya kepada Le Monde. “Beliau [Macron] berterima kasih kepada saya atas komitmen saya yang berterusan sejak tujuh tahun lalu.”

Bekas menteri kesaksamaan itu menjadi terkenal selepas dia bergambar di muka depan majalah Playboy edisi Perancis itu, April lalu.

Walaupun edisi itu popular dalam kalangan orang Perancis, penampilannya yang tidak bogel tetap mencetuskan kritikan daripada rakan sekerja dan lawannya.

Perdana Menteri, Elisabeth Borne menegur keputusan Schiappa untuk memberikan temu bual kepada majalah itu, menyebutnya “sama sekali tidak sesuai.”

Baru-baru ini, Schiappa telah terlibat dalam skandal mengenai Dana Marianne, yang dia bantu tubuhkan selepas insiden pemenggalan kepala guru sekolah Paris, Samuel Paty pada 2020.

Siasatan media oleh majalah Marianne dan televisyen France 2 menuduh Schiappa mengubah hala lebih €2 juta wang awam kepada orang yang mempunyai hubungan peribadi dengannya.

Ahli politik pembangkang juga menggesa beliau meletak jawatan selepas Pejabat Pendakwa Kewangan Negara membuka siasatan terhadap beberapa kesalahan yang didakwa, termasuk “penyalahgunaan dana awam melalui kecuaian.”

Schiappa telah menafikan semua salah laku, menolak dakwaan itu sebagai “fitnah” sambil mengancam untuk “menjalankan kes fitnah terhadap semua mereka yang membuat tuduhan palsu.” – RT

Author

Pilihan Editor