SEBUAH pesawat peribadi tergelincir dan terhempas ketika sedang mendarat di sebuah lapangan terbang di Mumbai, India pada Khamis.
Lapor NDTV, insiden tersebut berlaku selepas permukaan lapangan terbang licin akibat hujan lebat, manakala jarak penglihatan dilaporkan sekitar 700 meter ketika itu.
Menurut Perbadanan Perbandaran Brihanmumbai, nahas tersebut yang melibatkan lima penumpang dan tiga anak kapal dimasukkan ke hospital.
Setakat ini, tahap kecederaan masih belum diketahui manakala tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Landasan telah dibersihkan daripada serpihan pesawat manakala pemeriksaan keselamatan pasca dan pelepasan dibuat oleh Direktor Jeneral Penerbangan Awam.
Landasan tersebut juga ditutup seketika, manakala lima penerbangan Vistara Airlines dilencongkan.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pula memparkan pesawat itu terhempas ke tanah dengan kuat.
Malah, visual lain turut menunjukkan keadaan langit mendung selain serpihan pesawat berselerakan di landasan.
Selain itu, satu lagi video awal memaparkan serpihan pesawat terbakar.
Kebakaran tersebut berjaya dipadamkan oleh anggota perkhidmatan kecemasan.
Menurut pengawal selia penerbangan kebangsaan, DGCA, pesawat Learjet 45 itu merupakan milik firma pembangunan hartanah yang berpangkalan di Kanada.
Pesawat tersebut melakukan penerbangan dari Visakhapatnam di Andhra Pradesh.