HomeHiburanNak muncul dalam muzik video Masdo? Inilah jalannya...

Nak muncul dalam muzik video Masdo? Inilah jalannya…

KUALA LUMPUR: 50 pembeli pertama skuter edisi ‘Dinda’ bakal berpeluang muncul dalam muzik video terbaru kugiran Masdo.

Pengerusi Royal Alloy Malaysia, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim berkata, kolaborasi Royal Alloy X Masdo akan mencipta gelombang baharu dalam pengguna jentera skuter.

“Jika skuter mungkin pernah popular pada satu-satu era dan dianggap digunakan oleh segelintir golongan.

“Namun, menerusi kolaborasi Royal Alloy X Masdo kami mahu mencipta gelombang dengan melihat lebih banyak generasi muda menunggang skuter di jalan raya,” katanya.

Nik Izani berkata demikian ketika merasmikan pelancaran Royal Alloy Youth Edition bersama kugiran Masdo di Glasshouse at Seputeh, disini pada Selasa.

Tambah beliau, kolaborasi itu menjadi lambang selain bakat dan mutu muzik yang diketengahkan, imej retro diperkenalkan kugiran itu kepada umum membuat penjenamaan mereka kuat.

“Pemilihan kugiran Masdo sebagai ‘iklan bergerak’ kami adalah selaras dengan jentera skuter yang bergaya klasik tetapi  berteknologi moden.

“Sementara Masdo pula adalah para pemuzik generasi kini yang moden tetapi membangkitkan keghairahan terhadap karya-karya bernuansa retro.

“Kolaborasi Royal Alloy X Masdo ini akan mencipta nostalgia sama seperti berdekadnya penjenamaan jentera kami menemani kehidupan para penggunanya,” jelasnya.

Menerusi kolaborasi yang telah dimerterai, Royal Alloy x Masdo tampil dengan skuter edisi khas terhad yang diberi julukan Dinda bersempena dengan judul salah satu hit popular kugiran tersebut.

Kolaborasi Royal Alloy X Masdo akan mencipta nostalgia sama seperti berdekadnya penjenamaan jentera Royal Alloy menemani kehidupan para penggunanya.

Authors

Pilihan Editor