BANDAR GAZA, Palestin: Beberapa rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara baharu Israel di Genting Gaza awal Isnin ketika konflik di wilayah Palestin yang terkepung hampir sebulan, lapor agensi berita negara Wafa.
Sebuah jet pejuang mengebom sebuah rumah di Khan Younis, selatan Kota Gaza, menyebabkan tiga orang maut, termasuk seorang kanak-kanak. Beberapa orang dikatakan masih terperangkap di bawah runtuhan.
Satu lagi serangan menyasarkan sebuah rumah di pusat bandar Deir al-Balah, membunuh dan mencederakan sekurang-kurangnya 15 orang.
Sepuluh orang turut terbunuh dan cedera dalam serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di daerah Zawaida di tengah Genting Gaza.
Secara berasingan, serangan udara Israel menyasarkan sebuah rumah di kem pelarian Tel al-Sultan, barat Rafah di selatan Gaza.
Israel telah melancarkan serangan udara dan darat ke atas Genting Gaza berikutan serangan rentas sempadan oleh pejuang Hamas pada 7 Oktober.
Lebih 11,300 orang terbunuh dalam konflik itu, termasuk sekurang-kurangnya 9,770 rakyat Palestin dan hampir 1,600 warga Israel.
Selain jumlah korban yang besar dan pemindahan besar-besaran, bekalan asas semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk Gaza akibat pengepungan Israel. – Anadolu