HomeBeritaLelaki maut ketika bermain badminton di Miri

Lelaki maut ketika bermain badminton di Miri

MIRI: Seorang lelaki meninggal dunia ketika bermain badminton di Kompleks Sukan Piasau di sini, pada Rabu malam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 8.06 malam.

“Lelaki tempatan berusia lingkungan 51 tahun rebah ketika bermain badminton bersama rakan-rakan.

“Pemeriksaan di tempat kejadian tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dan tiada sebarang kecederaan dijumpai tubuh badan lelaki terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Alexson berkata, Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Miri mengesahkan mangsa  meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Susulan laporan polis itu, satu kertas siasatan kematian mengejut telah dibuka bagi mengenal pasti punca sebenar.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes ini kerana ia akan mengganggu siasatan,” katanya.

Author

Pilihan Editor