SEMPENA perayaan Hari Krismas, Touch ‘n Go menampilkan dua produk menarik dalam iaitu kad Touch ‘n Go LUXE Card – Titan Edition dan Touch ‘n Go Christmas Edition Charm berbentuk orang kuih halia.
Touch ‘n Go LUXE Card – Titan Edition berfungsi sebagai kad dengan sokongan NFC dalam warna hitam dengan kemasan berwarna emas yang membuatkannya kelihatan mewah.
Manakala kad Touch ‘n Go Christmas Edition Charm pula adalah dalam bentuk anak kunci yang juga mempunyai cip NFC membolehkan nilai ditambah menggunakan Touch ‘n Go eWallet untuk melakukan pembayaran di plaza tol.
Touch ‘n Go LUXE Card – Titan Edition dijual pada harga RM25 sekeping manakala Touch ‘n Go Christmas Edition Charm pula dijual pada harga RM30.
Orang ramai yang berminat boleh membeli menerusi kedai atas talian Touch ‘n Go di Shopee Mall dan Lazada eShop.
Pembelian juga boleh dilakukan menerusi pusat jualan Touch ‘n Go di Bangsa South dan NU Sentral mulai 19 Disember ini.