HomeBeritaViral‘Rasa bersalah pakai tudung RM1,200 tapi kasut harga RM5,290’

‘Rasa bersalah pakai tudung RM1,200 tapi kasut harga RM5,290’

PETALING JAYA: “Rasa bersalah pula pakai tudung murah RM1,200 sebab kasut letak dekat kaki harga RM5,290,”

Itulah luahan pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri ketika memuat naik satu video di akaun TikToknya baru-baru ini.

Di dalam video berkenaan, Haliza sedang membeli-belah beberapa pasang kasut di sebuah butik terkemuka bagi majlis perkahwinan anaknya.

Bagaimanapun, yang menarik perhatian orang ramai adalah bukan kasutnya bernilai RM5,290 namun tudung yang dipakainya berharga RM1,200.

“Rasa bersalah harga kasut lagi mahal dari tudung sedangkan tudung dijunjung atas kepala,” tulis Haliza.

Dalam satu video lain, Haliza menjelaskan tudung berharga RM1,200 itu antara termurah dipakainya berbanding dengan koleksi yang lain.

“Tular di TikTok tudung saya berharga ratusan ribu. Bukan semua tudung saya pakai mahal. Hari ini pakai tudung harga RM1,200 sahaja. Tetap cantik.

“Saya juga ada pakai tudung murah. Nama rekaan ni, Cik Siti Wan Kembang,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terkejut mendengar harga tudung terbabit kerana dianggap mahal dan bukannya murah seperti yang dikatakan.

“Tudung harga RM1,200 tu tak mampu saya.. duit itu hanya untuk lampin pakai buang anak dan susu.. serta belanja harian,” komen Asdamiazali.

“MashaAllah harga kasut dan tudung dia. Boleh selesai semua hutang. Semoga Allah luaskan rezeki kita di akhirat, amin,” komen Hayati.

“Tudung tu sehelai RM1,200. Kalau saya mungkin dah dapat satu lori tudung dengan harga tu,” komen Zanariah. – Kosmo

Authors

Pilihan Editor