HomeGaya HidupJom MakanPetua masak kari ikan! Wajib guna 2 bahan ini...

Petua masak kari ikan! Wajib guna 2 bahan ini…

BUAT peminat kari ikan, anda pasti terliur setiap kali melihat hidangan yang menyelerakan dek kerana warna kuahnya yang pekat memikat!

Namun, anda pasti kecewa jika rasa kari ikan itu tawar atau mungkin kurang ‘sesuatu’ bukan?

Jika anda mahu hasilkan kari ikan yang memikat, mungkin anda patut cuba cara yang dikongsi oleh Zee Basir ini.

Katanya, terdapat dua bahan penting untuk buatkan rasa kari itu ‘menyengat’.

Nak tahu apa rahsianya? Jom ikuti perkongsian dibawah!

“Masa arwah bonda mertua hayatnya masih ada, boleh dikata kan setiap hari menu tengaharinya sampai bawa ke makan malam di sajikan dengan masakkan berasaskan rempah kari. Wajib ada di meja hidangannya setiap hari. Memang kegemaran suami saya juga.

“Dalam satu minggu tak ada sajian gulai atau kari apa sekali pun, macam tak lengkap di meja hidangan kami. Kali terakhir masak kari daging pada hari raya bulan lepas. Dalam minggu ini dah ada dengar rengekan dari mulut suami.

“Dah hidup bersamanya selama 31 tahun. Kari tetap kari walaupun dah masuk dalam keluarga,” pintanya.

Resepi masak kari ikan

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan Merah dibersihkan & potong ikut suka
  • 1 mangkuk Santan cair dari setengah biji buah kelapa
  • 1 cawan pati santan pekat
  • 1/2 cawan air asam jawa (agak-agak sesuai rasa masamnya)
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu teh ajinomoto
  • 7 sudu makan penuh serbuk rempah kari ikan baba’s
  • 3 sudu makan penuh serbuk rempah kari daging baba’s
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan rempah campuran ( biji sawi, halba, jintan yg dlm peket siap tu)
  • 5 ulas bawang putih *
  • 7 biji bawang merah kecil *
  • 1 inci halia *
  • Sayur bendi & tomato
  • Garam secukup rasa

(semua bahan bertanda (* ) , tumbuk atau guna chopper saja)

Cara Masak:

  1. Panaskan 1 senduk minyak. Kemudian tumiskan rempahan campuran sehingga berbau wangi dngn api kecil.
  2. Masukkan bahan tumbuk tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan kedua-dua serbuk rempah kari tadi tumis dngan api paling kecil.
  4. Agak-agak nampak berubah warnanya, masukkan 1 cawan air dan tumis lagi sampai rempahnya pecah minyak.
  5. Bila sudah pecah minyak masukkan pati santan tumis lagi sampai pecah minyak (naik minyak). Guna api kecil sentiasa.
  6. Seterusnya boleh lah masukkan santan cair tadi, air asam jawa, ajinomoto, gula dan garam sedikit dulu.
  7. Besarkan api dapurnya bila santan mula mengelegak biarkan surut dalam setengah inci kuahnya.
  8. Masukkan ikan tadi disertai buah tomato. Masak seketika akhir sekali masukkan sayur bendi.
  9. Rasa masin garamnya sesuai rasa tekak. Siap disajikan di meja hidangan.

Tip tambahan:

  • Lain orang lain cara masaknya. Saya memang tak campur dengan air serbuk rempah kari itu, tumiskan dulu supaya naik wangi dan garing sedikit baru masukkan air.
  • Kalau masak kari cara saya, memang saya suka gabungkan dua jenis serbuk rempah iaitu kari ikan dan daging. Guna rempah jenama apa sekali pun terpulang kepada masing-masing
  • Tapi saya memang suka guna rempah kari jenama Baba’s sebab rasa rempahannya yang kuat. Cari yang ada tambahan serbuk cili itu lagi padu.Tak payah tambah cili kisar lagi.

 

Author

Pilihan Editor