HomePendidikanPakej RAHMAH Prabayar 30GB bagi pelajar IPTA, ILKA

Pakej RAHMAH Prabayar 30GB bagi pelajar IPTA, ILKA

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi memperkenalkan Pakej RAHMAH Prabayar Siswa, khususnya untuk pelajar lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terpilih.

Usaha tersebut, yang akan bermula dari 16 Ogos tahun ini, adalah hasil kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dan 5 syarikat telekomunikasi terkemuka iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, dan YTL Communications (YES).

Pekej khas tersebut yang berhanga RM30 itu akan mempunyai data sebanyak 30GB dan sah untuk 6 bulan dari tarikh pengaktifan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata dalam ucapan beliau, Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen mereka dalam menyediakan infrastruktur asas yang diperlukan oleh rakyat.

Beliau juga menekankan bahawa sambungan Internet yang berpatutan dan boleh diakses adalah kritikal bagi pelajar dalam era digital ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej RAHMAH Prabayar Siswa dan senarai lengkap IPTA dan ILKA yang terpilih, sila layari www.komunikasi.gov.my

Author

Pilihan Editor