SRI RAMPAI: “Tak kenal maka tak cinta, dah kenal tergila-gila,” begitulah semangat cintakan negara yang mengalir dalam jiwa lebih 50 pengunjung di Restoran Ali Maju Sri Rampai, hari ini.
Lagi berita Eksklusif: John Ang, jejaka Cina kelahiran Amerika pencinta tekstil Melayu
Mereka berhenti menyuap makanan lalu berdiri sebaik kedengaran di lagu Negaraku di corong pembesar suara restoran itu.
Meskipun ada yang terpinga-pinga pada awalnya tetapi selang beberapa saat semua mengambil tindakan berdiri, mereka memahami bahawa hari ini ialah ambang Kemerdekaan ke-65.
Daripada pelbagai kaum, peringkat umur sama ada warga emas mahupun kanak-kanak, semua memberi reaksi yang sama sehingga lagu selesai.
Lagi berita Eksklusif: John Ang, jejaka Cina kelahiran Amerika pencinta tekstil Melayu
Setelah lagu tamat, mereka menyambung makan semula.
Semangat cinta negara ini dizahirkan dengan aksi spontan tanpa arahan atau suruhan mana-mana pihak.
Hasil pemerhatian dari enam petugas MEDIA VARIASI mendapati mereka sanggup meninggalkan makanan sebentar demi cinta kepada negara.
Seorang pengunjung Syed Noridi Syed Mohamad yang ditemui berkata, dia terkejut dan bangga melihat semua berdiri.
Lagi berita Eksklusif: John Ang, jejaka Cina kelahiran Amerika pencinta tekstil Melayu
“Ini kali pertama saya lihat semua tahu apa yang perlu dilakukan ketika lagu Negaraku dimainkan.
“Berdiri bulu roma saya pergi kedai mamak tiba-tiba dengar lagu Negaraku, saya bangga semua bangun,” katanya.
Suasana itu dirakam kumpulan MEDIA VARIASI yang melakukan tinjauan eksperimen sosial bagi melihat benarkah masih ada semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
Eksperimen ini dilakukan sebanyak tiga kali iaitu selang sejam sekali bermula jam 6 petang hingga jam 8 malam, lagu dimainkan ternyata reaksi yang sama diterima semua sesi.
Pelanggan pelbagai kaum di Malaysia dilihat bersatu di bawah satu semangat cinta negara.
MEDIA VARIASI mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Ali Maju atas kerjasama yang diberi.