HomeMV+EksklusifJohn Ang, jejaka Cina kelahiran Amerika pencinta tekstil Melayu

John Ang, jejaka Cina kelahiran Amerika pencinta tekstil Melayu

DAMANSARA: John Ang berketurunan Cina sanggup menggembara ke seluruh dunia mengumpul 5,000 artifak tekstil Melayu yang bernilai kira-kira RM40 juta.

Lagi berita Eksklusif: Anak jutawan RF3 World dedah diri Sultan Pemurah

Anak kelahiran Chicago, Amerika Syarikat memiliki ibu bapa warga Singapura mula mengumpul artifak Melayu sejak 2014.

John Ang di galeri anjurannya, The Splendours of Malay World Textiles, Menara Ken Taman Tun Dr Ismail.

Sebanyak 12 kategori tekstil dipamerkan menerusi pameran The Splendours of Malay World Textiles di Menara Ken, Taman Tun Dr Ismail yang dilancarkan baru-baru ini.

Beliau yang juga seorang wartawan seni dan warisan berkata, sebenarnya ada 10 kategori kurang popular selain songket dan batik dikumpulkan dari seluruh dunia seperti India, Taiwan, Thailand, Indonesia dan lain-lain.

Lagi berita Eksklusif: Anak jutawan RF3 World dedah diri Sultan Pemurah

“Tekstil paling lama yang ditemui berusia 300 tahun, ada yang bernilai hampir RM300,000 tetapi untuk membaikinya lebih mahal daripada itu.”

“Antara koleksi menarik adalah kain cindai, kain berayat, kain Mak Yong, baju bodo, baju kurung Sembagi dan lain-lain ditempatkan secara tersusun di 10 bilik dalam galeri ini,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Koleksi tekstil Melayu, John Ang

Lagi berita Eksklusif: Anak jutawan RF3 World dedah diri Sultan Pemurah

John Ang ketika ditemui segak berbaju Teluk Belanga, bersampin dan bersongkok.

Tambah beliau, warisan ini memiliki ‘roh’ dan semangatnya tersendiri, mereka memilih untuk bersamanya.

“Tekstil Melayu berbeza daripada artifak lain kerana ramai tidak tahu sejarah, keunikan dan fungsinya, faktor inilah punca utama saya mula mengumpul dan mempamerkannya kepada umum.

“Kadang-kadang saya juga rasa mustahil bagaimana saya mampu memiliki mereka semua dalam situasi saya tidak mampu dari segi kewangan, tetapi biasanya ia dipermudahkan.

“Sebagai contoh pengalaman saya ada artifak ratusan ribu diberi kepada saya sebagai ganti kepada komisen kerana menjadi orang tengah jual beli emas,” katanya.

Lagi berita Eksklusif: Anak jutawan RF3 World dedah diri Sultan Pemurah

Setiap koleksi John Ang diberi penerangan tentang fungsi dan sejarahnya.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan menjemput John Ang untuk menyertai 8th ASEAN Traditional Textiles Symsposium di Hotel Marriot Putrajaya dari 25 September hingga 30 September 2022.

Jangan lepaskan peluang melihat hasil sejarah yang tinggi nilainya di galeri John Ang di Menara Ken, TTDI dengan harga tiket hanya RM35 seorang.

Lagi berita Eksklusif: Anak jutawan RF3 World dedah diri Sultan Pemurah

Author

Pilihan Editor