HomeGlobalBerakhirnya pemerintahan Ratu, Ratu Elizabeth II mangkat

Berakhirnya pemerintahan Ratu, Ratu Elizabeth II mangkat

KUALA LUMPUR: Ratu Elizabeth ke-II mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral terletak di Aberdeen, Scotland pada petang Khamis.

Menurut laporan BBC sebentar tadi mendiang adalah Raja paling lama memerintah iaitu selama 70 tahun di United Kingdom.

Baginda menaiki takhta pada 1952 dan menyaksikan pelbagai perubahan sosial.

Sepanjang pemerintahan Baginda, seramai 15 Perdana Menteri silih berganti bermula dengan Winston Churcill.

Anak lelaki Baginda, Putera Charles akan mengetuai UK sebagai Raja baharu dan ketua bagi 14 negara Komanwel.

Author

Pilihan Editor