HomeBeritaNajib boleh ke Parlimen dengan kebenaran penjara

Najib boleh ke Parlimen dengan kebenaran penjara

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diputuskan kekal sebagai Ahli Parlimen Pekan boleh ke Parlimen dengan kebenaran penjara.

Lagi berita Eksklusif: Bengkung Melayu asalnya untuk perisai

Ia sebagaimana termaktub dalam buku peraturan 42 : Keistimewaan,  Akta Penjara 1995 di mana  Ketua Pengarah Penjara memiliki kuasa dan budi bicara untuk membenarkan banduan keluar penjara diiringi pegawai penjara bagi apa-apa aktiviti.

Seorang peguam, Nazri Yahya memberitahu Najib boleh ke Parlimen jika pihak penjara izinkan mengikut peruntukan sedia ada.

Peguam Nazri Yahya

“Ya. Kalau penjara benarkan Najib masih boleh ke Parlimen,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Lagi berita Eksklusif: Bengkung Melayu asalnya untuk perisai

Pada 5 September lalu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun memutuskan status Najib sebagai Ahli Parlimen kekal berikutan petisyen pengampunan telah difailkan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan.

Beliau berkata, kuat kuasa kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen hanya akan dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan yang difailkan 2 September lalu dibereskan atau ditolak.

Status Najib berikutan petisyen pengampunan telah difailkan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan.

Lagi berita Eksklusif: Bengkung Melayu asalnya untuk perisai

Peguam Nizam Bashir

Sementara itu, peguam Nizam Bashir berkata, seseorang banduan hilang kelayakan menjadi Ahli Parlimen sekiranya ia disabitkan atas suatu kesalahan dan hukumannya menepati Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan serta tiada pengampunan bebas.

“Isunya, bagi saya, bukan sama ada Ketua Pengarah Penjara atau suatu Pihak Ketiga benarkan atau tidak tetapi sama ada wujud pengampunan bebas oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Hanya suatu pengecualian wujud kepada prinsip di atas, iaitu sekiranya pihak tersebut memfailkan suatu rayuan atau apa-apa prosiding Mahkamah yang lain.

“Sekiranya itu dibuat, maka ia tidak hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen. Rujuk Artikel 48(4)(b) Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam kes Najib, dia masih Ahli Parlimen. Jadi jika Ketua Penjara beri kebenaran hadir ke Parlimen, ia bakal melakar sejarah,” katanya.

Lagi berita Eksklusif: Bengkung Melayu asalnya untuk perisai

Author

Pilihan Editor