HomeMV+BongkarBongkar Siri 4: Tanah Melayu harga 99 sen!

Bongkar Siri 4: Tanah Melayu harga 99 sen!

RAUB: Mudahnya meluahkan kata apabila mendakwa warga peneroka Felda Lembah Klau, Ulu Dong mementingkan diri berbanding memperjuangkan nasib mereka yang realitinya, merempat di tanah sendiri. 

Bukan tidak pernah berjuang mempertahankan tanah Melayu, bukan juga tidak pernah menuntut hak masing-masing, cuma ditekan pihak tidak bertanggungjawab dalam pengurusan hak tanah Melayu sehingga wujud pengabaian nasib mereka.

Wartawan MEDIA VARIASI turun ke Felda Lembah Klau menyelami kehidupan warga peneroka yang dilihat tetap bangkit melawan dan memperjuang hak walaupun pada masa yang sama, ada yang hidup dalam keadaan daif malah lebih menyedihkan terpaksa merempat. 

Dzulkfli Deraman, 62, mangsa salah laku dipercayai wujud dalam urusan pengambilan tanah di kawasan berkenaan mendakwa dia terpaksa menyerahkan rumah kecil sedia ada kepada anak-anak demi keselesaan mereka sementara mendiami bangsal dibangunkannya sendiri dan tinggal bersama isteri, sejak setahun lalu. 

Dia mendakwa, tanahnya kira-kira 10 ekar turut terlibat dalam pembinaan Empangan Klau, malah ditenggelami air kesan pembangunan terbabit, namun sehingga hari ini tidak menerima sebarang pampasan. 

“Saya nak menuntut hak saya dengan nilai harga sekarang. Cik boleh tengok tempat ini (tanahnya), kami yang di tengah ini tidak dibayar (pampasan). 

“Saya pernah berurusan dengan pegawai Felda, pengurus Felda, pegawai wilayah, tok penghulu, DO pejabat tanah, bomba, tapi saya tidak terlibat dalam urusan ambil tanah ini,” katanya.  

Peneroka terbabit ditemui selepas Majlis Perjumpaan Penduduk Felda Lembah Klau bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ‘Menuntut Hak Peneroka Terlibat Dalam Pengambilan Tanah, Pembinaan Empangan Kelau’ di sini. 

Turut hadir Pengerusi Pertububan Anti Diskriminasi dan Salah Laku, Datuk Mohd Fakrunizam Ibrahim, serta wakil PPIM, Suzana Abdullah dan Zulkifli Hassan. 

Dzulkifli mengulas, bangsal buruk yang didiami bersama isterinya itu kini menjadi tempat berteduh hujan panas meskipun terdapat senjata api. 

“Kalau rumah macam ini, bangsal buruk ini tempat yang tak sepatutnya saya layak tinggal, sebab ada senjata api. 

“Tetapi, berkali-kali saya mohon pampasan kerana saya layak dibantu, tetapi tidak juga lulus sehingga hari ini,” katanya.

Berita berkaitan:

Bongkar Siri 5: Tanah Melayu harga 99 sen!

Bongkar Siri 1: Tanah Melayu harga 99 sen!

Author

Pilihan Editor