HomeMV+EksklusifMTPN pulihkan imej usahawan terjejas tohmahan, viral

MTPN pulihkan imej usahawan terjejas tohmahan, viral

KUALA LUMPUR: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) tampil membantu memulihkan imej usahawan yang terjejas tohmahan sehingga mereka ditolak pengguna

Yang Dipertua Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur MTPN, Abdul Malik Jamaran berkata, tohmahan adalah satu perkara yang boleh membunuh imej, reputasi seseorang sekelip mata.

“Ramai sukar bangkit dan tidak tahu jalan keluar setelah berhadapan cercaan, hinaan netizen menerusi media sosial malah ada yang berhadapan muflis, gulung tikar gara-gara tohmahan.

“Dalam dunia tanpa sempadan, segala-galanya sukar, sekali orang viral boleh membunuh sekelip mata.

“Tohmahan dan viral adalah isu negara yang besar, jika ia tidak dikawal selia dengan baik, ia akan membantutkan ekonomi negara, kerana produk yang baik tidak sampai kepada pengguna.

“Menerusi MTPN sebagai platform, kita pulihkan bersihkan tohmahan itu dan bantu bangunkan kembali usahawan terjejas,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

MTPN yang diwujudkan pada tahun 2016 berpangkalan di Johor Bharu, memiliki 87 cawangan berperanan membantu menyemak, mempromosi produk dan servis yang baik sebelum pensijilan diberi dan sampai kepada pengguna.

Sebanyak 8,000 usahawan sudah dibantu dan diberi sijil, proses pensijilan ini membantu meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap syarikat dibawahnya.

“Dengan adanya sijil berkenaan, secara tidak langsung beri impak kepada pengguna untuk buat pilihan, jika mereka berada di bawah MTPN, produk atau servis syarikat telah menjalani proses audit dan semakan telus dari MTPN sekaligus beri jaminan kepercayaan kepada pengguna,” katanya.

Author

Pilihan Editor