HomeBeritaJika PRU sekarang, kami sudah sedia - Anwar Ibrahim

Jika PRU sekarang, kami sudah sedia – Anwar Ibrahim

RAWANG: “Kita ‘ready for the battle’ (sedia bertempur) jika UMNO mahu pilihan raya, sekarang kita sudah sedia,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Presiden PKR berkata, dalam Pakatan Harapan, baik PKR, DAP dan Amanah perlu memperkuatkan kedudukan masing-masing.

“Saya menang di Port Dickson pada PRU14 dengan rekod 90 peratus kaum India sokong saya sangat ‘solid’.

“Malaysia sudah merdeka 60 tahun tetapi masih isu sama iaitu orang muda tiada kerja, isu jalan kampung bukan satu hal yang baik.

“Dengar betul-betul minta kawan kuatkan parti kita sebab one mistake in one election lima tahun susah.

“Ejen pekerja curi, Felda curi, 1MDB curi, TNB curi, hari-hari orang Melayu kata hidup Melayu tapi Pengerusi Sapu-La sibuk naikkan gaji ratus ribu sebulan,” katanya dalam ucapan PH India Road Show di Dewan Sri Maha Mariamman Batu 17 Rawang.

Tambahnya, di mana segala keuntungan berpuluh bilion dalam pembalakan, kelapa sawit ke mana semua pergi.

“Saya akui ada silap sikit tetapi ketika itu Perdana Menteri PH adalah Tun Dr Mahathir,” katanya.

Author

Pilihan Editor