KAJANG: Emilia Hanafi, 43, bekas isteri SM Faisal SM Nasimuddin hari ini melangkah keluar dari pintu Penjara Wanita Kajang selepas menjalani perintah penjara oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
Berita berkaitan: Waran tangkap terhadap Emilia Hanafi dibatalkan
Wajah polos, berjubah putih, berselipar jepun sambil memegang satu beg kitar semula disambut oleh wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan wartawan MEDIA VARIASI.
Emilia ketika ditemui MEDIA VARIASI meluahkan rasa syukur kerana sudah menjalani perintah penjara tujuh hari dengan tenang.
“Saya ditempatkan dalam sel bersama 20 banduan lain yang ada kes dadah, samun, pecah rumah, kesalahan Imigresen, kes bunuh, pelacuran dan lain-lain.
“Mereka terkejut apabila ditanya apa salah saya masuk penjara, saya jawab kerana ubah tarikh lawatan bekas suami atas permintaan anak.
“Badan mereka penuh tatoo tapi mereka baik layan saya dengan baik.
Berita berkaitan: Waran tangkap terhadap Emilia Hanafi dibatalkan
“Saya tak malu digelar banduan, ini jihad untuk buka mata buka minda dan hati semua pihak untuk keadilan dan keperimanusiaan yang lebih baik dalam undang-undang Syariah.
“Saya harap anak juga tak malu, tahu ibunya tak salah,” katanya ketika kepada MEDIA VARIASI di pekarangan Penjara Wanita Kajang di sini hari ini.
Emilia juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan, khususnya ibu bapa, anak-anak yang menjadi sumber kekuatannya.
“Saya reda ketetapan Tuhan, mungkin bagi saya rehat lima hari tanpa urusan dunia.
Berita berkaitan: Waran tangkap terhadap Emilia Hanafi dibatalkan
“Malam pertama saya tidur lena kerana mungkin terlalu penat sebelum ini, saya benar-benar rehat. Allah tahu saya penat, saya anggap semua ini pengalaman berharga saya, saya bersyukur untuk hargai kehidupan,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Khas Komunikasi kepada Ketua Aktivis PPIM, Gulab Jan Fazaleladi berkata, PPIM jalankan amanah daripada keluarga Emilia untuk menguruskan pembebasan Emilia dan bawanya kepada keluarga dengan selamat.
“Syukur hari Jumaat ini Emilia sudah dibebaskan moga apa yang berlaku pada Emilia akan menjadi tanda aras untuk memperbetulkan sistem Syariah yang sedia ada,” katanya.
Mengapa orang kita suka mencari propaganda